Friday, December 11, 2009

Kunjungan Najib Bantu Thailand (Utusan 12.12.09)


Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Beberapa pakar akademik menyifatkan kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke selatan Thailand merupakan satu langkah proaktif dalam meredakan konflik di wilayah itu bagi jangka masa panjang.

Menurut pensyarah Jabatan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Ahmad Nidzamuddin Sulaiman, kehadiran pemimpin Malaysia ke sana tepat pada masanya dalam membantu Thailand mewujudkan keamanan di wilayah berkenaan.

Malah, beliau berkata, kesanggupan negara memberi tajaan biasiswa dan melatih guru dari selatan Thailand menunjukkan Malaysia komited dalam membantu membangunkan taraf hidup masyarakat Islam di sana.

‘‘Negara sebenarnya mengambil tindakan paling asas dalam menyelesaikan konflik di sana dengan membantu meningkatkan kualiti pendidikan masyarakat Islam di selatan Thailand,’’ katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas lawatan Najib bersama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva di Narathiwat, selatan Thailand kelmarin.

Dalam lawatan itu, Najib turut mengumumkan bantuan penajaan biasiswa dan latihan kepada guru dari Institut Islam Attakiah serta pelajar di wilayah tersebut.

Ahmad Nidzamuddin berkata, Thailand tidak boleh bersendirian menamatkan krisis di wilayah bergolak itu.

‘‘Dalam hal ini, mereka amat memerlukan peranan Malaysia kerana kita berkongsi sentimen sama dari segi agama dan kebudayaan dengan penduduk Islam selatan Thailand,’’ katanya.

Sementara itu, pensyarah Undang-Undang dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Ahmad Zaki Hassan, berkata kunjungan Najib memberikan satu isyarat bahawa rakyat di sana mahukan perhatian daripada Malaysia.

‘‘Sebelum ini, Abhisit tidak berani turun ke sana seorang diri namun akhirnya berbuat demikian dengan kehadiran Najib, ia menunjukkan rakyat di sana gembira dengan kedatangan pemimpin kita,’’ jelasnya.

Tambahnya, negara perlu memperluaskan lagi bantuan pendidikan kepada masyarakat Islam di sana supaya dapat membantu mereka membangunkan taraf ekonomi secara tidak langsung.

Bagi pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk, beliau berharap kedatangan Najib dapat memberi kesedaran kepada masyarakat Islam di Thailand mengenai erti perpaduan.

‘‘Di dalam pertemuan Najib dengan penduduk di sana semalam, beliau meminta agar umat Islam di sana menunjukkan teladan yang baik selari dengan tuntutan agama.

‘‘Mereka perlu mempelajari bagaimana umat Islam di negara kita dapat hidup dalam keadaan aman walaupun terdapat pelbagai bangsa dan agama,’’ katanya.

Saturday, November 28, 2009

Keganasan Ambang Pilihanraya: Wawancara Bersama Utusan (28.11.09)



Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my

AKSI kekerasan yang meragut banyak nyawa menjelang pilihan raya di Filipina bukanlah sesuatu yang pelik. Di negara yang kebanyakan wilayahnya sebelum ini dikuasai oleh dinasti-dinasti politik, perubahan kekuasaan secara demokrasi mencetus kepada ketegangan antara puak-puak yang berkuasa.

Hakikat itu juga dinilai oleh kebanyakan pemerhati politik tempatan sebagai punca kepada keganasan di Ampatuan, iaitu sebuah wilayah pergunungan di selatan Filipina, awal minggu lalu.

Dalam erti kata yang lain, kejadian yang membunuh kira-kira 45 orang yang diserang sekumpulan kira-kira 100 orang yang tidak dikenali itu menandakan bahawa bermulanya episod pilihan raya baru di negara tersebut.

Kejadian itu berlaku ketika rombongan puak Manguadadatu dalam perjalan ke wilayah Maguindanao bagi mencalonkan wakil mereka untuk bertanding pada pilihan raya umum yang dijadualkan Mei tahun depan. Sedangkan wilayah berkenaan sejak sekian lama didominasi oleh dinasti Ampatuan yang didokong oleh kumpulan paramiliter.

Meskipun kejadian keganasan membabitkan puak Ampatuan bukanlah sesuatu yang baru, namun kejadian itu menimbulkan kemarahan massa kerana ia membabitkan jumlah korban yang tinggi.

Selain isteri kepada calon Gabenor puak Manguadadatu serta dua orang anak perempuannya yang dibunuh, turut menjadi mangsa ialah kira-kira 10 orang wartawan tempatan yang menyertai konvoi tersebut.

Di kalangan penduduk, ia menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya aksi balas daripada puak Manguadadatu dan menjadikan krisis itu semakin buruk.

Kejadian itu juga meningkatkan tekanan ke atas Presiden Filipina, Arroyo Macapagal yang di hujung usia pemerintahannya apatah lagi puak Ampatuan merupakan penyokong kuat beliau selama ini.

Keadaan itu memaksa Arroyo mengisytiharkan darurat di dua buah wilayah berkenaan dan mengerahkan pasukan keselamatan menjejak pihak yang bertanggungjawab dan menyelamatkan mangsa yang masih diculik.

Bagaimanapun, ramai yang skeptikal dengan perhatian Arroyo itu kerana dalam sejarah keganasan melibatkan puak Ampatuan, tidak ada pihak yang akhirnya dijatuhkan hukuman.

Ketika ramai yang menilai kejadian itu lebih kepada pergeseran antara puak, kelibat kumpulan Abu Sayyaf sebagai pihak yang bertanggungjawab juga menjadi kebimbangan banyak pihak.

Pembabitan kumpulan militan yang mempunyai hubungan dengan jaringan al-Qaeda itu dinilai sebagai percubaan membalas dendam selepas operasi besar-besaran kerajaan membanteras saki-baki kumpulan itu.
Manila sejak Oktober lalu melancarkan operasi itu di wilayah selatan bersama-sama dengan anggota tentera Amerika Syarikat (AS). Dalam operasi itu, Filipina berjaya membunuh komandan kanan al-Qaeda, Abdullah Ajijul yang dikaitkan dengan kumpulan Abu Sayyaf serta 70 orang pengikut yang lain.

Namun, bagi pemerhati politik Asia Tenggara, Ahmad Zaki Hassan, beliau melihat usaha kerajaan Filipina untuk melemahkan pergerakan kumpulan Abu Sayyaf masih belum cukup kuat.

Atas dasar itu tambah pensyarah di Fakulti Undang-Undang, Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, kumpulan Abu Sayyaf akan sentiasa menjadi ancaman terhadap usaha mewujudkan kestabilan di wilayah selatan Filipina.

Bagaimanapun, keganasan terbaru di wilayah Maguindanao bagi Ahmad Zaki, lebih cenderung kepada pergeseran membabitkan puak. Ini kerana pergeseran membabitkan kedua-dua puak mempunyai sejarah yang panjang serta mudah pula melancarkan serangan balas antara satu sama lain.

''Justeru, Filipina perlu mengambil tindakan yang tegas dan adil kepada sesiapa sahaja yang menjadi dalang kepada peristiwa berdarah ini. Ia bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang apatah lagi tempoh pendaftaran sebelum menjelangnya pilihan raya sebenar masih panjang,'' katanya.

Sesuatu yang pasti, kejadian itu semakin menjejaskan kredibiliti terhadap kepimpinan Arroyo yang ketika ini sekali pun sedang menghadapi krisis kepercayaan terendah sepanjang Sembilan tahun pemerintahannya.

Dalam satu pungutan suara tidak rasmi di negara itu baru-baru ini, kira-kira 51 peratus penduduk tidak lagi mempercayai kepimpinan beliau. Malah, calon yang dipilih oleh Arroyo bagi menggantikan beliau iaitu bekas Menteri Pertahanan, Giloberto Gilbo juga hanya mendapat sokongan yang kecil.

Sebaliknya calon lain iaitu Beningo Noynoy Aquino dan Manuel Villar serta bekas Presiden Filipina, Joseph Estrada ternyata lebih popular.

Krisis keyakinan terhadap Arroyo semakin memburuk selepas beliau gagal bertindak dengan cepat ketika negara itu beberapa kali berdepan dengan taufan yang meragut banyak nyawa.

Namun bagi Ahmad Zaki, masa depan Arroyo pada pilihan raya tahun depan bergantung kepada siapa yang akan menjadi Presiden Filipina pada tahun hadapan.

Jika calon pilihan beliau, Gilbert Teodoro berjaya maka harapan untuk Arroyo menempatkan diri di salah satu kerusi Kongres akan mudah tercapai. Namun tambah beliau, peluang sekarang dilihat terbuka luas kepada Beniqno Aquino untuk mengambil alih tugas Arroyo memandangkan rekod semasa beliau yang bersih serta populariti beliau yang semakin menonjol.

''Malah beliau turut mendapat laba hasil daripada pengaruh ibunya yang pernah mengetuai revolusi rakyat menggulingkan pemerintahan diktator, Ferdinand Marcos pada 1986,'' jelas Ahmad Zaki.

Sunday, November 22, 2009

Di Sebalik Ketegangan Thailand-Kemboja


Oleh : Ahmad Zaki Hasan

Perkembangan terkini yang melibatkan hubungan antara dua negara berjiran Thailand dan Kemboja dilihat semakin tegang. Ini berikutan apabila Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen bertindak melantik bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sebagai Penasihat Ekonomi kepada kerajaan Kemboja.

Tidak cukup dengan perlantikan Thaksin sebagai penasihat ekonomi, Hun Sen selepas itu turut menolak permintaan Thailand supaya bekas Perdana Menteri itu diekstradisikan ke negara gajah putih.

Tindakan Hun Sen ini menimbulkan kemarahan Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vijjajiva kerana Thaksin merupakan individu yang dikehendaki oleh Bangkok. Untuk rekod, Thaksin digulingkan dalam satu siri kudeta pada September 2006 dan kini hidup dalam buangan bagi mengelakkan hukuman penjara di Thailand kerana kesalahan rasuah.

Perbalahan antara kedua-dua ketua negara ini menyemarakkan lagi ketegangan sedia ada sekaligus merosakkan usaha ke arah memupuk semula perpaduan antara Thailand dan Kemboja yang cuba diredakan melalui semangat negara anggota pertubuhan ASEAN.

Jika diteliti, pertelingkahan antara Kemboja dan Thailand berhubung isu perlantikan Thaksin bukanlah satu isu yang baru kerana kedua-dua negara terbabit sudah memiliki rekod pertikaian lama berhubung perebutan kawasan di bahagian sempadan.

Secara umum, apabila Kemboja mencapai kemerdekaan dari Perancis pada 1954, kuil ini dimasukkan sebagai sebahagian daripada wilayah Kemboja. Di masa yang sama, tentera Thai turut menduduki kawasan dan kuil tersebut sehingga menyebabkan Kemboja membawa kes itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 1959.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kemudiannya telah memutuskan bahawa kuil Preah Vihear menjadi hak milik Kemboja pada tahun 1962. Bagaimanapun penyerahan tersebut tidak meliputi kawasan seluas 4.6 kilometer persegi yang sebenarnya menjadi punca perebutan antara Thailand dan Kemboja.

Oleh kerana tanah berhampiran kawasan kuil ini dibiar ‘tergantung’ tanpa mempunyai rekod hitam putih milik mana-mana pihak maka ia menjadi kawasan ‘panas’ dan diletakkan di bawah perhatian pasukan keselamatan kedua-dua buah negara.

Pada tahun 2006, Kemboja telah mengusulkan kepada Suruhanjaya Kebangsaan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk menjadikan kuil Preah Vihear dan kawasan sekitarnya sebagai tapak warisan dunia. Bagaimanapun hasrat Kemboja ketika itu tidak direstui oleh Thailand kerana kawasan tersebut masih menjadi sengketa perbatasan.

Pada tahun 2008, Kemboja meneruskan usaha untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut dengan mengubah peta kuil serta mengeluarkan kawasan yang menjadi pertikaian untuk membolehkan UNESCO menerima cadangan tersebut. Thailand yang ketika itu di bawah pemerintahan Perdana Menteri Samak Sundaravej turut menyokong permohonan Kemboja.
Hasilnya, pada Julai 2008 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersetuju memasukkan kuil Preah Vihear sebagai Tapak Warisan Dunia. Namun, pengiktirafan ini sekali lagi mengundang konflik apabila Thailand mendakwa sokongan terhadap permohonan Kemboja hanya terhad kepada kuil dan tidak termasuk kawasan sekeliling yang menjadi pertikaian.

Akibat daripada itu, sokongan tersebut ditarik semula oleh Samak berikutan tindakan awalnya mendapat tentangan daripada sebahagian besar rakyat Thailand yang beranggapan kawasan itu masih milik mereka. Kesilapan ini turut memaksa Mahkamah Pentadbiran Thailand campur tangan serta menyebabkan Menteri Luar Thailand ketika itu, Noppadon Pattama meletakkan jawatan.

Sejak dari itu, pertempuran di kawasan tersebut dilaporkan sering tercetus dengan insiden pada tahun 2008 menyaksikan berlakunya kematian yang melibatkan anggota tentera Kemboja. Penduduk kawasan sekitarnya turut dipindahkan kerana wujud kebimbangan akan tercetus peperangan diantara kedua-dua buah negara terlibat.

Pertikaian yang melibatkan Thailand dan Kemboja ini sudah beberapa kali dibawa ke peringkat antarabangsa termasuk menarik perhatian PBB. Namun, sehingga kini belum mampu mencapai tahap membentuk satu resolusi yang ideal disebabkan kuasa besar melihat krisis tersebut sebagai konflik bilateral yang sewajarnya ditangani secara berhemah oleh negara yang bertelagah.

Bahkan, melalui persidangan ASEAN sendiri perkara ini turut disentuh tetapi masih gagal menemui jalan keluar disebabkan kedua-dua buah negara menolak untuk menerima campur tangan luar. Walau bagaimanapun, inisiatif Thailand dan Kemboja bagi menyelesaikan konflik ini secara rundingan bersama ibarat menempuh lorong gelap yang tiada penghujung.

Disebalik apa yang telah berlaku melalui hubungan tegang Thailand-Kemboja, pelbagai yang tersirat dapat disuratkan. Berhubung isu perlantikan Thaksin sebagai penasihat ekonomi Kemboja, secara jelas dapat dinilai bahawa punca utama kemarahan Bangkok adalah kerana Phnom Penh tidak peka terhadap sensitiviti kerajaan pimpinan Abhisit yang berusaha untuk menghapuskan pengaruh Thaksin di Thailand.Kesediaan Hun Sen memberi ruang selesa kepada Thaksin seolah cuba melontar satu provokasi dan mencabar kewibawaan Thailand.

Jika diperhalusi kepada isu perbalahan mengenai kawasan sempadan pula dapat dilihat bahawa sebenarnya bukanlah bertitik tolak daripada pertikaian pemilikan kawasan seluas 4.6 kilometer persegi tersebut. Ini kerana rakyat kedua-dua buah negara sebelum ini bebas untuk mengunjungi kawasan sekitar kuil berkenaan.

Hakikat yang sebenar adalah kerana mementingkan isu persempadanan negara iaitu semangat untuk mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara masing-masing. Kedua-dua buah negara telah memperlihatkan pendirian yang jelas dengan tidak teragak-agak menggunakan stratergi ketenteraan dalam menyelesaikan pertelingkahan tersebut.

Malah, sentimen dikalangan rakyat Kemboja sendiri jelas menunjukkan kesanggupan mereka untuk berkorban di medan perang hanya semata-mata bagi mempertahankan kawasan tersebut.

Dari satu sudut yang lain, ketegangan hubungan Thailand-Kemboja disifatkan oleh Setiausaha Agung ASEAN, Surin Pitsuwan sebagai pertelingkahan yang memalukan sepuluh negara blok serantau ASEAN serta menjejaskan kredebiliti pertubuhan tersebut. Apatah lagi, dalam keadaan ASEAN cuba menyakinkan dunia dengan kemampuan negara anggota untuk bersepakat ketika pertemuan bersejarah dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Singapura pada pertengahan November lalu.

Sesuatu yang boleh diambil pengajaran daripada konflik yang berlaku ke atas Thailand dan Kemboja adalah tentang peri-pentingnya sikap toleransi dan saling hormat-menghormati yang menjadi dasar kepada perhubungan di antara negara yang berjiran.
Ini kerana dalam soal hubungan Thailand-Kemboja masih terdapat banyak ruang untuk sama-sama mendapat manfaat yang lebih besar dan bukan semua yang berlaku adalah bersifat negatif.

Wednesday, November 18, 2009

Demokrasi Myanmar : Wawancara Bersama Utusan (19.11.09)


Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my

ADA perkembangan positif dalam dimensi demokrasi di Myanmar yang diperintah oleh junta tentera lewat pertemuan peribadi antara Perdana Menteri, Jeneral Thein Sein dengan Presiden Barack Obama.

Kedua-dua mereka bertemu dalam sesi berasingan sewaktu persidangan Negara-Negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Singapura baru-baru ini. Dalam pertemuan singkat itu, Obama dan Sein dikatakan sempat membincangkan beberapa perkara mengenai isu dalaman Myanmar.

Ia termasuk mengenai pembebasan pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi yang ditahan sejak 2003 serta pembebasan tahanan politik yang lain.

Obama juga dikatakan meminta Sein menghentikan penindasan ke atas kaum minoriti di negara itu dan membenarkan sebuah pilihan raya yang adil, telus dan bebas berlangsung di negara itu.

Myanmar dijangka mengadakan pilihan raya umum tahun depan selepas pilihan raya terakhir pada 1990. Pada pilihan raya itu, parti pimpinan Suu Kyi, Liga Demokrasi Nasional (NLD) dinafikan kemenangannya oleh junta tentera.

Pertemuan Obama-Sein itu dinilai banyak pihak sebagai satu perkembangan penting setelah AS memutuskan hubungan multilateral dengan Myanmar kerana rekod hak asasinya yang buruk dan menolak demokrasi.

Namun timbul persoalan sejauh manakah perhatian AS itu mampu merubah pendirian junta tentera Myanmar dalam amalan pemerintahan di negara itu.

Ini kerana sejak negara itu jatuh ke tangan junta tentera pada 1962, kebanyakan pemerhati politik menilai Myanmar telah berada pada sisi sejarah yang salah.

Penilaian itu pastinya merujuk kepada dasar dasar dalaman Myanmar yang keras selain tindakan menutup pintu kepada negara luar. Justeru dalam perkembangan terbaru ini, suara Obama dilihat hanya berkesan jika saranan beliau diberi perhatian positif oleh pemimpin junta Myanmar.

Meskipun tidaklah sepenuhnya, namun memadai dalam beberapa perkara yang dilihat memberi dimensi baru dalam aspek pemerintahan negara itu terutamanya penglibatan orang awam dalam menentukan hak di negara mereka sendiri.

Bagaimanapun, bagi pemerhati politik Asia Tenggara, Ahmad Zaki Hassan, Myanmar tidak akan berbuat sesuatu yang lebih daripada itu. Pensyarah di Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) juga secara peribadi berpendapat, Myanmar cenderung untuk tidak memberi perhatian serius terhadap saranan yang dikemukakan oleh AS.

Ini kerana junta tentera Myanmar dilihat masih tidak bersedia untuk memberi ruang kepada amalan demokrasi di negara itu. Perkiraan itu ujar Ahmad Zaki sangat mudah, yang mana kesediaan junta tentera memberi ruang kepada proses demokrasi bermakna kesediaan untuk mengurang serta menjatuhkan dominasi mereka di dalam politik dan pentadbiran negara.

Maka atas dasar itu, harapan untuk pilihan raya tahun hadapan berlangsung secara telus dan lebih adil adalah sukar dicapai.

Sebaliknya, pilihan raya itu tidak dapat mengelak daripada pendekatan militer yang mana sebahagian besar proses adalah di bawah kawalan pihak junta.

Ahmad Zaki menambah, Jika dalam soal asas iaitu pemerintahan secara demokrasi ditolak oleh junta Myanmar, maka soal-soal lain seperti penindasan terhadap golongan minoriti juga tidak akan diberi perhatian yang sewajarnya.

Bagi Myanmar, tidak wujud istilah 'penyelesaian segera' kepada sebarang masalah dalaman negara itu memandangkan semuanya dikawal oleh junta.

"Disebabkan itu juga, apabila melibatkan hubungan dengan negara luar maka penyelesaian secara bersama (dua hala) jarang berlaku dengan baik. Sehinggakan di dalam konteks ASEAN sendiri, Myanmar sering disebut sebagai duri dalam daging," ujar beliau.

Bagaimanapun, ada yang lebih menarik untuk diperhatikan sekiranya Myanmar bersedia menurut kemahuan AS kali ini. Dalam keadaan itu, dunia pastinya menunggu untuk melihat apakah yang termampu dilakukan oleh AS dalam memastikan Myanmar bersifat lebih terbuka.

Apa pula kekuatan yang ada pada Obama bagi memastikan Myanmar akur pada saranannya sedangkan sebelum ini rekod menunjukkan bahawa Myanmar sedikit pun tidak pernah merasa resah dengan apa jua tekanan antarabangsa.

Malah junta tentera masih mampu membuktikan bahawa pemerintahan sedia ada merupakan yang terbaik untuk negara itu buat masa ini. Namun dalam masa sama jelas Ahmad Zaki, penghargaan wajar diberikan kepada Obama kerana menunjukkan minat yang bersungguh-sungguh terhadap beberapa isu yang dihadapi oleh dunia.

Penglibatan beliau sekurang-kurangnya mampu memberi tekanan kepada Myanmar untuk menjalin hubungan kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara luar.

Sekiranya perhatian Obama itu mampu membawa perkembangan positif, maka manfaatnya bukan sahaja diperoleh Myanmar, bahkan akan turut sama dirasai oleh negara-negara lain.

Dari sudut lain, perhatian AS turut memberikan makna yang signifikan khususnya kepada negara Asean yang mana Obama pastinya mempunyai sebab tersendiri untuk merapatkan merapatkan hubungan dengan negara di rantau ini.

''Paling tidak, tentulah Obama (AS) melihat kepentingan yang bakal diwujudkan di dalam bidang ekonomi, perdagangan serta tidak mustahil dalam aspek pertahanan," ujar beliau.

Sunday, November 15, 2009

Sejauh Mana Suara Obama



SINGAPURA 15 Nov. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama hari ini meminta junta Myanmar membebaskan pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi dalam interaksi bersemuka dengan pemimpin tinggi pemerintah tentera negara itu, perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Obama menyampaikan mesej tegas itu dalam pertemuan dengan pemimpin-pemimpin 10 negara anggota ASEAN, termasuk Perdana Menteri Myanmar, Jeneral Thein Sein.

Setiausaha Akhbar White House, Robert Gibbs memberitahu pemberita bahawa Obama menyeru Myanmar membebaskan pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Suu Kyi dan tahanan politik lain serta menamatkan penindasan ke atas kumpulan minoriti.

“Obama menyatakan perkara itu secara langsung dengan kerajaan itu,” kata Gibbs lagi, menandakan Presiden AS itu berbicara kepada Thein Sein.

Sejak berdekad lamanya, kerajaan Barat mengelak dari berhubung langsung dengan pemimpin-pemimpin Myanmar kerana rekod hak asasi manusianya yang teruk dan tidak mengamalkan demokrasi.

Kenyataan bersama selepas sidang kemuncak itu – julung kali melibatkan Presiden AS dan ASEAN – memuatkan satu perenggan mengenai Myanmar, satu gangguan utama dalam hubungan antara kedua-dua pihak.

Namun kenyataan tersebut tidak menyebut mengenai pembebasan tahanan politik, termasuk Suu Kyi, yang menghabiskan 14 daripada 20 tahun lalu di bawah tahanan rumah oleh rejim tentera. Ia hanya mendesak Myanmar agar memastikan pilihan raya yang akan diadakan tahun depan ‘berlangsung secara bebas, adil, merangkumi semua dan telus’.

Namun, permintaan terus daripada Obama sendiri memberi tekanan tersendiri kerana beliau adalah pemimpin paling berkuasa yang pernah menyampaikan mesej secara berdepan kepada pegawai tinggi Myanmar.

Saturday, November 14, 2009

Apa Muslihat Kemboja : Wawancara Bersama Utusan (14.11.09)


Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my

MELANTIK bekas pemimpin sesebuah negara sebagai penasihat dalam bidang tertentu kepada negara yang lain bukanlah sesuatu yang pelik. Tetapi dalam pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sebagai penasihat kewangan kepada kerajaan Kemboja, tindakan itu dilihat tidak ubah seperti mencurah minyak ke atas api.

Dalam keadaan hubungan diplomatik dua negara bersempadan itu yang sememangnya dingin, tindakan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen tersebut meningkatkan lagi ketegangan sedia ada.

Thailand dan Kemboja sebelum ini pernah beberapa kali mencetuskan kebimbangan di kalangan negara ASEAN terhadap kemungkinan tercetusnya perang. Ia berpunca daripada perebutan kuil Preah Vihear berusia 900 tahun. Kuil itu terletak di perbatasan kedua-dua negara yang didakwa sebahagian daripada wilayah masing-masing.

Perebutan berpuluh-puluh tahun ke atas salah sebuah tapak warisan penting dunia itu memaksa angkatan tentera kedua-dua negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Dalam perkembangan terbaru ini, Hun Sen menimbulkan kemarahan Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vijjajva apabila melantik Thaksin sebagai penasihat kewangan negara itu.

Sebelumnya, Abhisit pernah menyuarakan rasa kurang senang terhadap Kemboja yang memberi ruang kepada konglomerat milik Thaksin beroperasi di negara itu. Malangnya, Hun Sen bukan sahaja menolak untuk menggunakan pendekatan secara berdiplomasi, bahkan menawarkan pula perlindungan dan melantik Thaksin ke jawatan penting negara itu.

Tindakan itu memaksa Bangkok memanggil pulang dutanya dan menutup pintu sempadan antara kedua-dua negara. Agak sukar untuk menentukan apakah sebenarnya niat Kemboja untuk tidak memilih pendekatan yang lebih harmoni dalam hubungan dengan negara jirannya itu.

Hun Sen tentunya menyedari situasi politik yang dihadapi Thaksin yang kini menjadi orang buruan Thailand atas dakwaan salah guna kuasa. Thaksin yang digulingkan dalam rampasan kuasa tiga tahun lalu berdepan hukuman penjara sekurang-kurangnya dua tahun, memaksa beliau kini mencari perlindungan di luar negara.

Malangnya, Hun Sen bukan sahaja enggan mengekstradisi Thaksin kepada Bangkok, malah menawarkan pula kedudukan penting atau lebih tepat memberi perlindungan kepada beliau.

Hun Sen dalam mewajarkan tindakannya itu mendakwa tuduhan ke atas Thaksin tidak benar dan lebih bermotifkan politik. Malah tegas Hun Sen, jika benar Thaksin bersalah sekali pun, beliau tidak akan sesekali menyerahkan Thaksin kepada Bangkok kerana Thaksin merupakan tahanan politik.

Sedangkan persetujuan ekstradisi kedua-dua negara hanya melibatkan penjenayah dan bukannya tahanan politik. Dalam pelantikan Thaksin itu juga, Hun Sen menjelaskan ia mengambil mengambil kira kecekapan beliau menguruskan ekonomi Thailand sewaktu menjadi Perdana Menteri.

Justeru, Thaksin yang kini sudah pun berada di Phnom Penh iaitu dua hari lebih awal daripada tarikh sepatutnya, hanya akan bertanggungjawab dalam soal hal ehwal ekonomi negara tersebut.

Tetapi bagi pemerhati politik Asia Tenggara, Ahmad Zaki Hassan, apa yang dilakukan oleh Hun Sen itu lebih kepada tindakan secara peribadi. Hun Sen katanya, seolah-olah menghantar satu isyarat mudah dan jelas kepada Abhisit bahawa Phnom Penh tidak semudah yang disangka akan mengikut segala kemahuan Bangkok.

Dalam erti kata yang lain, Hun Sen seboleh-bolehnya ingin menunjukkan bahawa Kemboja akan mengutamakan kepentingan mereka dalam apa jua aspek yang mempunyai pertentangan dengan Bangkok.

Sikap dan keputusan Kemboja itu juga bertujuan memberi tekanan kepada Thailand untuk membuka ruang tawar-menawar dalam perkara-perkara sensitif antara kedua negara terutamanya perebutan perbatasan.

Atas dasar itu, dapat diperhatikan Hun Sen sentiasa mengambil pendekatan yang berlawanan dengan keputusan Abhisit. Sebagai contoh, apabila Bangkok memberi reaksi untuk menutup sempadannya dengan Kemboja.

Hun Sen sebaliknya hanya bersikap bersahaja tanpa menunjukkan minat untuk mengambil pendekatan yang sama. Penilaian terhadap tindakan ini pastinya akan memberi kesan buruk kepada Abhisit kerana 'memulakan' tindakan yang lebih drastik apabila ingin menutup pintu sempadan antara kedua-dua buah negara.

Abhisit juga telah mengeluarkan kenyataan berhubung semua rundingan dengan Kemboja termasuk pembahagian sumber tenaga di sepanjang sempadan laut Teluk Thailand ditangguhkan.

Ternyata, walaupun dunia melihat pertikaian baru Thailand-Kemboja ini disebabkan oleh tindakan Hun Sen yang tidak menghormati Thailand, tetapi kesan pertembungan yang lebih besar adalah disebabkan oleh reaksi Abhisit yang kelihatan sedikit gelojoh.

''Dengan kata lain, Abhisit seakan gagal memberi pertimbangan yang lebih baik terhadap provokasi halus Hun Sen serta Thaksin sendiri," ujar pensyarah di Fakulti Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) ini.


Sesuatu yang pasti, pertelingkahan terbuka seperti yang berlaku ketika ini tidak wajar dibiarkan berterusan. Sebaliknya, kedua-dua belah pihak perlu memilih pendekatan yang lebih berdiplomasi serta mengutamakan semangat dan kerjasama Asean yang masih segar.

Jika diabaikan tambah Ahmad Zaki, tidak mustahil akan mengheret kepada pertentangan yang lebih buruk, sekali gus menutup peluang mewujudkan hubungan yang lebih positif antara kedua negara.

"Ini kerana dalam soal hubungan Thailand-Kemboja masih terdapat banyak ruang untuk sama-sama mendapat manfaat dan bukan semua yang berlaku adalah bersifat negatif," tambah beliau.

Justeru dalam hal ini, Kemboja sepatutnya lebih sensitif dalam sebarang tindakannya lebih-lebih lagi yang secara jelas membabitkan negara jirannya itu.

Ini kerana sebarang tindakan mereka akan mendapat reaksi segera daripada Thailand yang serta-merta menghentikan semua projek kerjasama dengan Kemboja serta bantuan ke negara itu. Keadaan ini tentunya merugikan rakyat Kemboja sendiri dan menjejaskan semangat bersahabat dan mesra yang dipegang oleh negara-negara ASEAN.

Wednesday, November 11, 2009

Kemboja Tolak Permintaan Thailand


PHNOM PENH 11 Nov. – Kemboja hari ini menolak permintaan Thailand supaya bekas Perdana Menteri negara itu, Thaksin Shinawatra diekstradisi ke negara gajah putih itu.
Penolakan itu memarakkan lagi ketegangan antara kedua-dua negara yang berpunca daripada tindakan Kemboja melantik Thaksin sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan Kemboja.
Thaksin tiba di Phnom Penh semalam dengan diberi sambutan mesra oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.
Jutawan telekomunikasi itu digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006 dan kini hidup dalam buangan bagi mengelakkan hukuman penjara di Thailand kerana kesalahan rasuah.
Diplomat Thai menyerahkan dokumen ekstradisi kepada pegawai di Kementerian Luar Kemboja awal hari ini tetapi kemudian menerima nota daripada Phnom Penh yang menolak permintaan mereka.
“Nota diplomatik kami hanya menyatakan kami menolak permintaan ekstradisi mereka,” kata Menteri Luar Kemboja, Hor Namhong, sejurus sebelum pertukaran surat itu.
Kemboja telah berkali-kali berikrar akan menolak sebarang permintaan Thai supaya Thaksin diekstradisi, dengan mendakwa tuduhan terhadap bekas perdana menteri itu di Thailand adalah bermotifkan politik.
“Sabitan kesalahan Thaksin berpunca daripada rampasan kuasa pada September, 2006 sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri yang dipilih dengan majoriti besar oleh rakyat Thailand mengikut proses demokrasi,” kata Hor Namhong.
Thailand dan Kemboja memanggil balik duta masing-masing selepas pelantikan Thaksin itu, dan pada minggu ini Kabinet Thai memutuskan untuk membatalkan perjanjian cari gali minyak dan gas yang dimeteraikan dengan Kemboja di bawah kerajaan Thaksin.
Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva mengancam untuk mengoyak perjanjian ekstradisi dengan Kemboja jika ia enggan menghantar balik Thaksin.
Bekas Perdana Menteri itu dijadual berucap kepada 300 pakar ekonomi Kemboja, esok.
Pegawai Phnom Penh berkata, Thaksin akan berada di Kemboja selama dua tiga hari tetapi tidak berhasrat untuk tinggal di negara ini

Wednesday, November 4, 2009

Thaksin penasihat ekonomi kemboja


PHNOM PENH 4 Nov. - Kemboja telah melantik bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sebagai penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri Hun Sen, menurut kenyataan kerajaan hari ini, sekali gus memburukkan lagi ketegangan kedua-dua negara itu.

"Thaksin telah dilantik oleh dikri diraja sebagai penasihat peribadi Hun Sen dan penasihat kepada kerajaan Kemboja dalam hal ehwal ekonomi," menurut kenyataan yang dibacakan di stesen televisyen kerajaan.

Pelantikan itu dibuat hampir dua minggu selepas Hun Sen menawarkan Thaksin, iaitu bekas Perdana Menteri Thailand yang digulingkan dan hidup di luar negara bagi mengelak dipenjarakan atas kesalahan rasuah tempat perlindungan.

Kenyataan itu turut menyatakan dakwaan ke atas Thaksin adalah 'bermotifkan politik' dan berjanji tidak akan mengekstradisikannya jika dia memutuskan untuk tinggal di Kemboja atau melakukan perjalanan ke dalam dan luar negara atas tujuan tugasan. - AFP

Saturday, October 24, 2009

Kemboja Thailand Hangat Kembali


HUA HIN 24 Okt. - Kemboja dan Thailand bertikam lidah pada sidang kemuncak ASEAN di sini semalam selepas Perdana Menteri Kemboja menawarkan bekas Perdana Menteri Thailand yang telah digulingkan, Thaksin Shinawatra tempat perlindungan dan kedudukan sebagai penasihat.

Hun Sen menghangatkan lagi keadaan pada mesyuarat yang dipengerusikan Thailand itu dengan membandingkan kesusahan yang dilalui Thaksin sama seperti kesukaran yang dihadapi ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva membidas kenyataan Hun Sen dan menyifatkan beliau telah 'diperalatkan' serta mendesaknya agar berusaha ke arah memupuk perpaduan antara dua negara, yang kebelakangan ini mengalami siri pertempuran kecil di sempadan bersama.

"Thaksin boleh menetap di Kemboja sebagai tetamu negara. Dia juga boleh menjadi penasihat saya dalam bidang ekonomi," kata Hun Sen setibanya di bandar pelancongan Hua Hin untuk menghadiri persidangan serantau itu.

Pemimpin Kemboja itu mengulangi jemputan kepada Thaksin untuk tinggal di Kemboja sebelum ini dan menafikan permintaan Bangkok supaya Phnom Penh mengekstradisikan taikun itu.

Thaksin digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006 dan melarikan diri dari Thailand pada tahun lalu untuk mengelak daripada hukuman penjara atas kesalahan rasuah.

Ujar Hun Sen, kebimbangan beliau adalah atas dasar kemanusiaan dan tidak bermaksud mencampuri hal ehwal dalaman Thailand.

"Berjuta-juta rakyat Thai dan penyokong 'Baju Merah' menyokong Thaksin. Mengapa sebagai seorang rakan saya tidak boleh menyokongnya? Jika rampasan kuasa pada 2006 tidak berlaku, perkara sebegini juga tidak akan berlaku.

"Semua orang berbicara mengenai Aung San Suu Kyi di Myanmar, kenapa tidak membicarakan Thaksin? Itu tidak boleh dikira sebagai menarik perhatian," kata Hun Sen.

Abhisit menegur Hun Sen dan memberitahu pemberita bahawa tiada perbandingan perlu dibuat antara Suu Kyi dengan Thaksin.

"Saya bimbang beliau diberi maklumat yang salah. Saya fikir terdapat salah faham apabila beliau membandingkan situasi di Thailand dengan keadaan Suu Kyi," tegas beliau. - AFP

Saturday, October 17, 2009

rahsia perpaduan cina

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional, Malaysia.

PERGOLAKAN yang berlaku dalam sebuah parti politik MCA baru-baru ini, jangan dipandang terlalu serius oleh kita semua. Itu adalah perkara yang biasa berlaku dalam politik. Persoalan lebih penting adalah apa yang boleh kita belajar? Saya tidak terlalu bimbang dengan MCA dan Gerakan, kerana sebenarnya kedua parti ini tidaklah sekuat mana di kalangan orang Cina berbanding dengan sebuah lagi parti Cina yang ultra kiasu itu. Dengan sebab itu, saya tidak berapa ambil kisah atas nasib yang menimpa kedua-dua parti komponen BN ini.

Saya akan menjadi lebih teruja jika dapat melihat parti ultra kiasu itu bergolak. Tetapi sehingga ke hari ini parti tersebut jarang benar bergolak. Tetapi parti ini terus menjadi matang dan telah melalui banyak pengalaman berguna. Lebih penting lagi mereka telah dapat membaca dengan rapi akan psikologi orang Melayu. Ia semakin mendapat perhatian dan kepercayaan, sehingga ramai yang terpedaya. Apatah lagi parti ini amat jarang sekali kalah di kawasan majoriti Cina dalam mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU) dan pilihan raya kecil. Silap-silap mereka akan menang di kawasan majoriti Melayu suatu hari nanti. Itu adalah tidak mustahil, jika orang Melayu bertindak marahkan nyamuk kelambu dibakar, berbanding mengamalkan carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua.

Jika kita membuat sedikit analisa pilihan raya, kebanyakan kerusi yang dimenangi oleh MCA dan Gerakan adalah kerusi yang dipertandingkan di kawasan majoriti Melayu. Jika MCA dan Gerakan bertanding di kawasan majoriti Cina menentang parti ultra kiasu itu, saya yakin, kedua-dua parti ini akan kalah teruk. Contoh, di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan majoriti kawasan bandar. Itulah trend pengundian yang saya harap pembaca dapat faham makna tersurat dan tersirat.

Mungkin ada yang akan bertanya kenapa selama ini parti Gerakan dapat bertahan di Pulau Pinang? Jawapannya, lihat sejarah Gerakan dan punca-punca berlaku peristiwa 13 Mei 1969, yakni sebelum menyertai Barisan Nasional. Gerakan menjadi pilihan kerana Gerakan ketika itu begitu lantang dan vokal memperjuangkan nasib bangsa. Tetapi apabila Gerakan dilihat semakin bertolak ansur dengan BN, akhirnya ia ditolak, maka menanglah parti ultra kiasu itu dalam PRU 12. Ringkasnya, semakin ultra kiasu sesebuah parti politik itu, semakin ia mendapat sokongan dan perhatian. Bermakna, parti yang ultra kiasu akan mendapat sokongan padu daripada mereka yang ultra kiasu. Saya tidak menuduh semua orang Cina ultra kiasu. Yang pasti, ultra kiasu ini tetap menang besar di kawasan majoriti yang diwakilinya.

Saya yakin, selepas ini mungkin parti ultra kiasu tersebut akan meletakkan satu dua orang calon Melayu di kawasan majoriti Cina, bagi membuktikan bahawa mereka adalah parti berbilang kaum. Saya turut yakin calon-calon itu akan menang besar. Namun, itu bukanlah suatu yang menghairankan atau memeranjatkan. Hanya yang kiasu sahaja yang dapat membaca politik kiasu. Jika calon Melayu itu menangpun, calon Melayu tersebut tidak akan boleh berbuat apa-apa, sebab ia tetap dikuasai oleh mereka yang ultra kiasu. Kewujudan orang Melayu dalam parti tersebut adalah satu permainan wayang kulit yang cuba dipertontonkan untuk mengaburi mata kita.

Kita jangan tertipu dengan permainan silap mata mereka. Kemunculan beberapa tokoh Melayu dan juga India yang dilantik dalam kepepimpinan parti mereka hanyalah sandiwara untuk membuktikan bahawa mereka tidak chauvinis. Dengan sebab itu, bila ada orang Melayu yang agak berpengaruh menyertai mereka, maka cepat-cepat dilantik sebagai Naib Pengerusi. Mungkin selepas ini, sebagai timbalan pengerusi. Saya masih menunggu apakah orang Melayu akan dilantik sebagai pengerusi parti ultra kiasu suatu hari nanti? Tunggu dan lihat! Apapun, inilah strategi licik mereka yang kita masih terlepas pandang. Justeru, janganlah risau sangat pasal masalah dalaman MCA dan Gerakan. Apa yang penting yang perlu kita lakukan ialah mendedahkan tembelang parti ultra kiasu supaya orang Melayu dan orang Cina lain yang cintakan tanahair ini agar tidak tertipu.

Jika para pembaca tidak percaya apa yang saya katakan, cuba bangkitkan isu Ketua Menteri Pulau Pinang untuk digilirkan di kalangan pelbagai kaum dalam pakatan mereka atau dalam Barisan Nasional? Saya yakin, bukan sahaja parti ultra kiasu ini akan terkinja-kinja, malahan mereka yang tidak berkaitan dengan parti ultra kiasu ini juga akan bersatu bersama parti ultra kiasu ini menentang keputusan tersebut.

Ketua Menteri

Pokoknya, Ketua Menteri Pulau Pinang tidak boleh terlepas kepada kaum lain. Pada hemat saya, siapapun yang memerintah Pulau Pinang antara ketiga parti ini adalah tidak penting. Yang penting orang Melayu tidak boleh menjadi Ketua Menteri di sana. Sebarang percubaan dan usaha akan ditentang habis-habisan.

Justeru, saya tidak hairan dengan apa jua krisis yang melanda dalam parti-parti politik bangsa saya. Benar, mereka nampak seolah-olah berpecah. Mereka bertikam lidah sehingga gamat. Tetapi sebenarnya, mereka bersatu dalam senyap. Parti ultra kiasu ini akan lantang mendesak, mengkritik dan menghentam. Tetapi itu bukan hentaman kosong. Siapakah yang bekerjasama secara senyap?

Dua parti komponen ini akan senyap-senyap menyampaikan kepada BN bahawa tuntutan dan desakan ini perlu dipenuhi. Jika tidak, undi akan lari, orang Cina akan marah dan beralih arah. Itulah sebenarnya mesej dalam PRU 12. Inilah yang saya katakan bersatu secara senyap walaupun di luar nampak berpecah.

Begitulah juga beruntungnya MCA dan Gerakan yang dilihat lunak dengan kerajaan. Orang Melayu pula akan memberi sokongan kepada mereka tanpa berbelah bahagi kerana itulah sikap Melayu di bumi Melayu. Akur kepada arahan pimpinan. Sanggup ketepikan calon sebangsa seagama kerana mereka diajar supaya taat kepada pemimpin. Perkara ini telah berlaku sejak zaman feudal lagi, pantang Melayu menderhaka. Konotasi ini ada baik dan buruknya, terpulang kepada kita untuk menilai.

Parti politik Cina amat beruntung kerana di luar, ada yang lantang mengkritik, mendesak dan menuntut, pada masa sama di dalam ada yang bekerja dan memujuk. Tidak kira di mana negeripun mereka berada, sama di dalam pakatan atau dalam kerajaan. Mereka tetap untung.

Tidak seperti parti politik Melayu, di luar begitu lantang mengkritik, di dalam tidak ada seorang yang memujuk. Sebab parti politik Melayu (UMNO) hanya ada satu dalam kerajaan. UMNO keseorangan dalam kerajaan berhadapan dengan mereka yang lain, yang tidak habis-habis mendesak.

Saya amat faham benar, kenapa kadang kala UMNO ini terpaksa mengalah, kerana UMNO tersepit, ibarat di luah mati bapak, ditelan mati emak. UMNO tidak ada pilihan sebab rakan sebangsa dan seagama tidak bersama mereka. Rakan sebangsa dan seagama yang lain berada di luar. Kerjanya, mencari salah orang, menghentam dan mengkritik, tetapi kurang pandai memujuk. Akhirnya siapa yang rugi? Inilah nasib Melayu di bumi Melayu.

Tuesday, September 15, 2009

The Rational Actor Model


During the month of October of 1962, the United States and The Soviet Union were accelerating rapidly toward nuclear war. How can one understand why these countries would jeopardize their countries and its citizens in such a way? One way to explain how decisions are made in international politics is the Rational Actor Model. The Rational Actor Model is used to understand the decisions that a nation-state or organization makes. This model uses as a basis for investigation that the persons involved are rational characters. With this basis, one can investigate and discuss the issues and decisions that were made during the Cuban Missile Crisis and even the decisions made prior to the Battle of Gettysburg.

The Ration Actor Model (RAM) makes many assumptions to deliver the best possible explanation of a nation’s actions. “Each assumes that what must be explained is an action, i.e., behavior that reflects purpose or intention. Each assumes that the actor is a national government. Each assumes that the action is chosen as a calculated solution to a strategic problem. For each, explanation consists of showing what goal the government was pursuing when it acted and how the action was a reasonable choice given the nation’s objective.” These assumptions help key in on the foundation of the RAM, which is that the actors are rational. This model only looks at the individual in charge of the country as the basis of development. This model does not include the role that the organization of the country or the politics of the country plays in the decision making of the nation-states. This model only recognizes the leader. The leader can then be examined for the decisions he makes assuming that he makes rational decisions. This foundation is “the assumption of rational behavior – not just of intelligent behavior, but of behavior motivated by a conscious calculation of advantage, a calculation that in turn is based on an explicit and internally consistent value system.” With this definition of a rational leader, one can easily determine the choices the leader will make.


The formal way of laying out the RAM is by using four key concepts. To determine the cause of a nations actions, one must analyze: (1) the Goals and Objectives of the Nation, (2) the Alternatives, (3) the Consequences, and (4) the Choice the nation made. (18) With these four concepts, one can analyze the nations leaders development of making a decision by using the RAM.

In the case of the Cuban Missile Crisis these concepts work well to establish the cause and effects of the Crisis by looking at the nations leaders development of their decisions. During the Cuban Missile Crisis, the United States’ leader was President John F. Kennedy. When Kennedy heard that Nikita Khrushchev, the Soviet leader, had established nuclear missiles in Cuba, he knew that Khrushchev was challenging his own goals and objectives for the United States. The first concept of the RAM is to determine the Goals and Objectives of the nation. Kennedy’s goal was to prevent communism in the western hemisphere. Kennedy tried many times to overtly get rid of Castro and/or its government, but failed. Due to these threats from America, Castro called upon its larger ally, Khrushchev, to help him defend his small island from Kennedy. Khrushchev responded by sending a “180 SA-2 missiles to Cuba and a battery of Soviet coastal defense cruise missiles, along with trainers, and the deployment of a regiment of regular Soviet troops.” This government, alliance, and now a military buildup was in direct conflict with the goals of Kennedy. With Kennedy’s goals being challenged he had to respond.

In response to the Soviet missiles in Cuba so close to America, Kennedy had a couple of options. The first of which is just to do nothing. American, up till then, had always been under the target of Soviet missiles. In addition, America did not want to escalate to nuclear war. America did not want to make an action that would set off a chain reaction of events that would lead to such a catastrophe. A second option was to put diplomatic pressures on the Soviets. This option would entail giving Khrushchev an ultimatum or bringing up the issue to the United Nations or the Organization of American States to see if those organizations would get involved with getting rid of the missiles. A third option was to secretly approach Castro to defect against the Soviets. This would make sure that Castro understood that it was either “split or fall” to the United States. A fourth option was an invasion of Cuba. This was considered a last resort, but it would make sure that Cuba could not or would not be occupied by Soviets or their missiles. A fifth option was to conduct an air strike on the missile sites. This option would take out all defense sites as well as the missiles and the capabilities for the Soviets to launch those missiles. A sixth and last option was a naval blockade of the coast of Cuba. This option would not allow any ships to pass, especially Soviet ships, through a blockade, thereby stopping the flow of supplies for more Soviet troops or missiles into Cuba. Kennedy had many options at his disposal but to determine which one to choose, RAM must look at the consequences.


The third concept of RAM is to discuss the consequences of each alternative. The unfortunate thing about these alternatives is that since both countries were dealing with nuclear war, there was not much room for many different consequences. If everything went well with the option Kennedy chose, the missiles would be moved from Cuba and out of the western hemisphere peacefully. However, if the wrong option was taken Kennedy could lose not only the loss of the American people’s respect and support, but the lose of thousands in battle or the lose of millions in thermo-nuclear war. Both of those later consequences still did not guarantee the possibility of actually achieving the goal of getting rid of communism in the western hemisphere. The thirteen days it took to decide this confrontation was very stressful due the magnitude either could lose if Kennedy or Khrushchev made a wrong decision.

The fourth concept of RAM is to discuss the choice the nation state made. In the end, Kennedy decided to go with a blockade of Cuba. The following passage explains why Kennedy decided the blockade.

“Either way, the blockade had several advantages: (1) It was a middle course between inaction and attack, aggressive enough to communicate firmness of intention, but still not so precipitous as a strike. (2) It placed on Khrushchev the burden of choice for the next step. He could avoid a direct military clash by keeping his ships away. (3) No possible military confrontation could be more acceptable to the United States than a naval engagement in the Caribbean. At our doorstep, a navel blockade was invincible. (4) A blockade permitted the United States, by flexing its conventional muscles, to exploit the threat of subsequent non-nuclear steps in each of which the United States would enjoy significant local superiority.”

In the preceding passage, we understand why Kennedy made the decision he made. This is how the RAM helps an analyst find out why the decisions that are made between countries. By systemically going through the four concepts of the RAM, one can consistently understand international politics.

To prove the validity of this model, we can use these four concepts on another example. The RAM can be used on the events leading up to the Battle of Gettysburg. In this example, the United States and the Confederate States of America were engulfed in a very costly war. The Actors in this Model were President Abraham Lincoln and President Jefferson Davis. Both felt their countries were tired of war. In addition, both felt that if they could not be decisive in battle soon, that the war would ravage much too long for either to be claimed the victor.

Using the four concepts of RAM we study the first concept being to look at the Rational Actors goals and objectives. Davis was especially exhausted of the war. Resources for the war were running low. However, he had in charge of his army a great and qualified general. General Robert E Lee motivated, inspired, and led the troops to accomplish goals the South did not imagine they would actually do. With these events, Davis’ goal was to end the war soon.

Davis had a couple options to fulfill his goal. First, he could give up the new nation and not fight any longer. Since the fighting had taken such a toll on the people and economy of the Confederates, a viable option was to dissolve the country. Another option was to contact Lincoln to start a treaty process by which peace could be finally settled on the discussion table instead of on the battlefield. And lastly, Davis could go for broke and destroy the United States by killing the Army of the Potomac and destroying Washington DC. These three options were different choices Davis as a rational actor had to decide upon.

The consequences of the alternatives were varied. If Davis gave up the notion of a new nation, he would be letting down his country and his people that supported him to deliver a new nation. If Davis went for a peace talks, the Confederacy could wind up with its own nation. And lastly, if Davis decided to continue the war but at a more intensive level, he could win and ruin the United States, lose miserably in battle, or continue the stalemate that had been going on for so many years.

The choice Davis made was to fight. Analyzing all the options Davis decided to wield his most trusted General to draw out the Army of the Potomac in open battle, crush it, and then sac Washington DC for a decisive and final blow to this war. Davis was confident due to past performance that his general could deliver another victory for the Confederates. In so doing, the Confederates and the Union met at the Battle of Gettysburg, which later became known as the turning point in the war. At this battle, under direction of President Davis, General Lee tried without avail to crush the Union. In this example, the RAM was used to determine the choices the leader made for his country.

The Rational Actor Model is a good tool for analysts to determine the choices and reasons behind those choices. Both in the Cuban Missile Crisis and the Battle of Gettysburg, one can fully understand the event when one examines the rational characters involved and applies the four concepts to determine their goals and objectives, alternatives, consequences, and the choice the leaders made.

Sunday, September 13, 2009

hormat pemimpin: barat lebih memahami ajaran Islam

WASHINGTON 10 Sept. - Seorang anggota Dewan Perwakilan Republikan menjerit 'awak bohong' ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sewaktu beliau berucap di Kongres mengenai rombakan sistem penjagaan kesihatan negara ini.

"what you yell at people when you want to sound smart, but in the end just look like an idiot for you are the liar"

Obama dalam ucapannya di dewan itu malam tadi memberitahu ahli Kongres bahawa rancangan Parti Demokrat untuk merombak sistem penjagaan kesihatan tidak meliputi pendatang tanpa izin.

"Pembaharuan yang saya cadangkan tidak mencakupi mereka yang berada di negara ini secara haram," kata Obama.

"Awak bohong!" teriak ahli Dewan Perwakilan dari South Carolina, Joe Wilson dari tempat duduknya sambil menuding jari ke udara.

Berikutan ucapan tersebut, lawan Obama dalam pertandingan merebut White House pada tahun lepas, Senator John McCain bangun mempertahankan Presiden AS itu.

"Sangat biadab, tidak ada tempat untuk perbuatan sedemikian dalam situasi itu atau mana-mana situasi lain dan beliau patut memohon maaf dengan segera," kata McCain kepada CNN mengenai Wilson, seorang tokoh konservatif yang menentang dasar-dasar ekonomi Obama.

Wilson kemudian memohon maaf dalam panggilan telefon kepada ketua kakitangan White House, Rahm Emanuel dan dalam kenyataan bertulisnya mengakui 'saya membiarkan emosi menguasai diri saya'.


"Sungguhpun saya tidak menyetujui kenyataan Presiden, kata-kata saya memang tidak wajar dan dikesali. Saya memohon maaf dengan tulus ikhlas kepada Presiden kerana tindakan biadab ini," katanya.

Keterlanjuran Wilson itu menyebabkan Obama terhenti sejenak. Di belakang beliau, Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi dapat dilihat merenung tajam ke arah Wilson, tetapi tidak ada langkah diambil oleh para pemimpin Demokrat untuk mengemukakan usul kecaman ke atas anggota dewan itu.

Wanita Pertama, Michelle Obama yang berada di tempat duduk pelawat menggeleng-gelengkan kepala sebagai tanda tidak bersetuju dengan tindakan Wilson itu.

Rang undang-undang rombakan sistem penjagaan kesihatan, sama ada yang dibincangkan di Dewan Perwakilan atau di Senat, tidak memperuntukkan perlindungan insurans untuk pendatang tanpa izin.

Perbuatan Wilson itu bukan satu-satunya gangguan semasa ucapan Obama kepada kedua-dua dewan Kongres. Tetapi teriakan Wilson adalah paling memalukan.

Anggota Republikan sebelum itu ketawa apabila Obama mengakui masih banyak butir penting yang perlu dipersetujui sebelum rombakan sistem penjagaan kesihatan dapat diluluskan.

Bagaimana Myanmar elak tekanan antarabangsa

BANGKOK 10 Sept. – Syarikat gergasi industri tenaga, Total dan Chevron didakwa membantu mengukuhkan kedudukan junta Myanmar menerusi sebuah projek gas yang membolehkan rejim tersebut menyimpan hampir AS$5 bilion (RM18 bilion) di dalam akaun beberapa buah bank di Singapura.

Total dari Perancis dan Chevron dari Amerika Syarikat (AS) juga cuba menyembunyikan pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh askar Myanmar yang mengawal saluran paip, termasuk penggunaan buruh paksa dan pembunuhan.

Dakwaan itu terkandung dalam dua laporan yang disiarkan EarthRights International hari ini, sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang berpangkalan di AS.

Pertubuhan itu menggesa masyarakat antarabangsa mengenakan tekanan ke atas kedua-dua syarikat tersebut yang telah lama berjaya mengelakkan junta tentera yang memerintah negara miskin di Asia Tenggara itu daripada sekatan Barat.

“Projek gas Yadana yang dikendalikan oleh Total dan Chevron menghasilkan AS$4.83 bilion (RM17.4 bilion) untuk rejim Myanmar,” menurut satu laporan yang mendakwa angka bagi tempoh 2000-2008 memberi gambaran pertama secara terperinci mengenai pendapatan daripada projek berkenaan.

Penulis utama laporan, Matthew Smith berkata, kumpulan elit tentera Myanmar menyembunyikan wang rakyat berjumlah berbilion-bilion dolar di Singapura, sedangkan negara itu menderita akibat perbelanjaan sosial terendah di Asia.

Junta tidak memasukkan pendapatan gas itu ke dalam bajet negara, sebaliknya menyimpan hampir kesemua wang berkenaan dengan bank Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC) dan DBS Group (DBS) di Singapura, menurut EarthRights International.

“Pendapatan daripada saluran paip itu merupakan nadi bagi rejim dan boleh digunakan sebagai alat penting oleh masyarakat antarabangsa untuk membantu rakyat Myanmar,” kata Smith.

Total, baru-baru ini mencetuskan kontroversi berhubung kontrak lumayannya dengan rejim Myanmar, berikutan keputusan pada bulan lepas untuk melanjutkan tempoh penahanan di rumah pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi.

Syarikat Perancis itu merupakan pelabur utama dalam projek Yadana sejak 1992 dengan memegang kepentingan sebanyak 31.24 peratus.

Chevron pula memiliki kepentingan sebanyak 28 peratus dalam projek gas tersebut yang mengeluarkan sebanyak 60 peratus daripada eksport gas Myanmar ke Thailand.

EarthRights berkata, berikutan pendapatan tersembunyi itu, Total dan Chevron menjadi ‘sebab utama’ mengapa tekanan antarabangsa dan domestik ke atas rejim tentera Myanmar tidak mendatangkan kesan sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Sunday, September 6, 2009

penzina cina: masuk raga babi,humban dalam sungai

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

KOLUMNIS laman web Centre for Policy Initiatives (CPI), Helen Ang mengkritik dengan hebat beberapa siri artikel yang saya tulis dalam Mingguan Malaysia.

Artikel beliau bertajuk Ridhuan Tee‘s reverse take on racism, telah diposkan kepada beberapa laman web pembangkang dan membuka peluang kepada para pembaca laman web tersebut menyerang, mengecam dan menghentam peribadi saya sekali lagi, tanpa fakta ilmiah untuk berhujah sebagaimana artikel yang ditulis beliau.

Saya sepatutnya tidak mahu melayan mereka yang menulis tanpa membuat kajian dan penyelidikan terperinci seperti mana yang saya lakukan. Ternyata beliau tidak faham apa yang saya tulis. Mungkin disebabkan oleh tahap penguasaan bahasa Melayunya yang agak rendah setelah sekian lama tinggal di negara ini. Sebahagian kecil petikan artikel saya dimanipulasikan seperti yang dilakukan oleh akhbar Cina.

Petikan yang saya ambil daripada kata-kata Almarhum Tunku Abdul Rahman mengenai perlunya bandar raya Shah Alam bebas daripada arak dan kelab malam telah disalah tafsirkan. Helen Ang mengatakan bahawa ia adalah tulisan saya. Saya sungguh kasihan cara beliau berusaha untuk memahami artikel saya dalam bahasa Melayu mudah. Mujurlah saya tidak gunakan bahasa yang bombastik, jika tidak saya tidak tahu apa yang Helen Ang akan tulis.

Beliau juga menuduh saya ‘masuk Melayu’ dan bukan ‘masuk Islam’ agar diterima oleh orang Melayu, dan seterusnya menjadikan saya lebih berjaya. Bagaimanakah saya boleh ‘masuk Melayu’ sedangkan saya seorang Cina. Saya memeluk agama Islam, bukan ‘masuk Melayu’. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya memeluk Islam kerana kemuliaan dan kesucian Islam. Saya tidak pernah mengharap sebarang bantuan setelah memeluk Islam, kerana agama Islam mengajar saya prinsip berdikari. Bangsa seseorang tidak boleh ditukar walaupun ia telah memeluk Islam kerana bangsa itu adalah kejadian Allah SWT. Manakala agama, kita boleh pilih untuk dijadikan pegangan hidup seperti yang saya lakukan.

Dalam membahaskan fakta yang saya kemukakan, Helen Ang membandingkan antara Cina Thailand dengan Cina Malaysia. Helen Ang memujikan rakyat Thai kerana dapat menerima Perdana Menteri Thailand kini, Abhisit Vejjajiva berketurunan Cina. Begitu dengan Perdana Menteri sebelum itu seperti Chuan Leekpai dan Thaksin Shinawatra. Helen mempertikaikan kenapa orang Cina tidak boleh menjadi Menteri Besar Perak (DAP). Jawapannya mudah, kerana orang Cina di Thailand sudah tidak serupa Cina. Mereka boleh dikatakan lebih Siam daripada Siam. Persoalannya, adakah itu berlaku di Malaysia?

Ternyata dalam banyak perkara yang diulas, beliau tidak dapat memahami sejarah Tanah Melayu dan sejarah pembentukan Malaysia. Lebih malang lagi beliau tidak dapat memahami roh bagaimana Perlembagaan Persekutuan digubal hasil persetujuan semua kaum, melalui pakatan murni atau lebih dikenali dengan kontrak sosial. Begitu juga Perlembagaan setiap negeri, ada sejarahnya tersendiri. Saya harap kejahilan ini tidak berlaku kepada orang lain agar tidak buta sejarah.

Helen Ang juga perlu mengkaji 7 wasiat Raja-raja Melayu seperti yang disebut oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, yang telah membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Helen Ang perlu memahami makna yang tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut. Jangan asyik mempertahankan dan membaca akhbar-akhbar Cina.

Kenapa beliau mempertikaikan kedudukan Menteri Besar Perak yang tidak dilantik dari kalangan DAP? Cuba Helen Ang bandingkan, kenapa Ketua Menteri Pulau Pinang mesti diserahkan kepada Cina? Tidakkah kerusi UMNO lebih banyak daripada kerusi parti-parti politik lain dalam pilihan raya 2004 dan sebelum itu? Kenapa kita tidak menghargai tolak ansur dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh orang Melayu? Sesuatu yang menguntungkan disenyapkan, yang tidak menguntungkan digembar-gemburkan untuk menagih simpati.

Helen Ang juga mempertikaikan fakta yang saya tulis akan bilangan rumah ibadat bukan Islam seperti kuil Hindu, tokong Cina dan gereja Kristian melebihi bilangan surau dan masjid. Di sini saya pamerkan statistik tersebut untuk pengetahuan beliau akan nasib Melayu di bumi Melayu.

Contohnya di Selangor mempunyai penduduk berjumlah 4.8 juta. Daripada jumlah itu orang Melayu mewakili 2.5 juta dengan kapasiti 259 masjid dan 939 surau. orang Cina Buddha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong, orang India berjumlah 647,000 dengan 810 kuil berdaftar (bilangan ini belum dicampurkan dengan tokong dan kuil yang tidak berdaftar). Manakala, bilangan gereja Kristian biarlah Helen Ang yang cari untuk menampung jumlah 50,000 penganut Kristian.

Statistik

Berdasarkan kepada statistik ini, jelas kepada kita, setelah dicampur semua rumah ibadat bukan Islam, kedudukan masjid surau sebenarnya jauh ketinggalan. Ini baru perbandingan satu negeri, bayangkan negeri- negeri lain. Adakah nisbah antara bilangan penduduk dengan bilangan rumah ibadat itu adil? Begitu besar bezanya. Sila rujuk Wikipedia, walaupun ia bukanlah sumber yang outentik dalam akademik. Tetapi saya yakin statistik ini tidak jauh bezanya.

Jangan kita bercakap kosong tanpa melakukan penyelidikan. Helen Ang mungkin terkejut bila saya paparkan statistik seluruh negara. Kenapa dalam sebuah negara majoriti Melayu boleh berlaku demikian? Inilah tolak ansur orang Melayu. Hormatilah tolak ansur ini. Jangan terlalu kiasu.

Pada hemat saya, semua perkara ini berlaku disebabkan oleh kejahilan hidup beragama. Apakah isu sebenarnya timbul apabila kita mahu mempertahankan hubungan yang dilarang oleh semua agama, seperti amalan berzina sehingga melahirkan anak luar nikah? Beritahu saya ajaran agama mana yang membenarkan hubungan haram ini?

Bayangkan jika yang perempuan yang dizinai adalah ibu, isteri, adik-beradik perempuan kita sehingga melahirkan anak luar nikah. Apakah kita boleh menerima semua ini sebagai isu moral yang boleh dipertahankan? Kena pada orang lain, tak apa. Bila kena pada diri sendiri baru tahu langit ini tinggi atau rendah?

Justeru, saya amat bersimpati dan amat menghormati tindakan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan badan disiplin MCA yang telah mengambil tindakan yang tepat untuk menggugurkan timbalannya disebabkan salah laku moralnya.

Saya amat yakin keputusan yang diambil, bukanlah suatu perkara yang mudah untuk beliau melakukan tindakan sedemikian. Keputusan yang diambil adalah demi menyelamatkan maruah parti biarpun beliau akan menjadi tidak popular.

Tindakan MCA itu dikira tepat jika ditinjau dari segi undang-undang moral dan ajaran agama. Saya selaku orang Cina menyokong sepenuhnya tindakan tersebut. Inilah nilai-nilai moral yang perlu ada pada setiap pemimpin dan juga rakyat yang dipimpin. Jika pemimpin tidak menunjukkan teladan, siapa lagi? Adakah kita mahu menunggu rakyat menunjukkan teladan? Tidakkah kepimpinan itu melalui teladan?

Seperti yang selalu saya sebut, tidak ada satupun agama atau ajaran di dunia yang menghalalkan perlakuan tidak bermoral seperti berzina atau hubungan seks luar nikah. Apatah lagi sehingga mengandungkan anak luar nikah. Semua perbuatan terkutuk adalah berdosa besar.

Masyarakat kita tidak kira apa juga bangsa dan agamanya, perlu dididik dengan nilai moral tinggi. Agama hendaklah dijadikan panduan hidup. Baru dunia akan aman. Kerana semua agama menyerukan kepada kebaikan. Yang baik tetap baik, yang salah tetap salah. Kita tidak boleh menghalalkan yang haram untuk mencapai matlamat.

Buddha begitu keras sekali mengharamkan zina seperti yang tersebut dalam lima larangannya iaitu jangan membunuh, jangan berzina, jangan berbohong, jangan mencuri dan minum arak. Sila rujuk Sutta Nipata 815, Dhammapada 309-10, Sutta Nipata 123.

Begitu juga larangan dalam agama Kristian, Hindu dan Sikh. Apa tujuan nasihat agama ini? Semuanya mahu memastikan kita menjadi manusia yang mempunyai moral yang tinggi, bermaruah dan sebagainya. Jika Helen Ang beragama Kristian, sila buka Bible, 1 Corinthians 6:18-20 & 1 Corinthians 7:1-2. Adakah Kristian menghalalkan zina? Sudah tentu tidak.

Kalau Helen Ang melihat adat tradisi masyarakat Cina zaman dahulu, hukuman ke atas mereka yang berzina ini amat berat. Penzina-penzina ini akan dimasukkan ke dalam bekas atau raga babi dan dicampakkan ke dalam sungai.

Begitu juga saya ingin menyarankan Helen Ang supaya meluangkan masa meneliti ajaran agama lain seperti agama Hindu dan Sikh mengenai penzinaan. Baca kitab Hindu, Bhagavad Gita1.40-42, zina diharamkan dalam agama Hindu. Perlakuan berzina dianggap sebagai penghinaan kepada undang-undang agama Hindu (Laws of Manu, 9.95, 101). Untuk keterangan lanjut baca New World Encyclopedia. Dalam ajaran Sikh, salah satu daripada lima dosa besar adalah berzina. Sila baca Adi Granth, Dhanasari. Justeru, atas landasan apa kita mahu menghalalkan zina?

Lihat juga pandangan ajaran Konfucianisme, Taoisme, Jainisme, Zoroastrianisme, Shintoisme, Judaisme dan Bahai dalam artikel bertajuk A Comparison of Morality from the religions from Around the World, http://usminc.org/other.html. Larangan berzina amat keras sekali.

Sebenarnya isu-isu moral ini dibahaskan dengan panjang lebar oleh semua agama, apatah lagi agama Islam. Saya tidak perlu sebutkan pandangan agama Islam, sebab sudah terang lagi bersuluh kemuliaan Islam dalam menjaga umatnya. Justeru, jika berlaku juga kepada umat Islam, itu salah orang yang melakukan perbuatan terkutuk itu, bukan agama Islam yang suci murni.

Justeru, dalam menilai antara yang benar dan yang batil, agama perlu dijadikan panduan dan sejarah sebagai pedoman. Percubaan untuk memadamkan fakta agama dan sejarah hanya akan mengundang kerosakan di muka bumi. Saya yakin fakta yang saya kemukakan sengaja diselewengkan disebabkan oleh sikap kiasu.

Saturday, September 5, 2009

ulamak tidak semestinya betul : ulama juga bernafsu

Oleh Minda Dr. Maza

MEMBERI pendapat berbeza dengan al-Quran dan al-Sunnah adalah satu kesalahan bagi seorang muslim. Namun memberikan pendapat berbeza dengan tokoh agama atau ulama tertentu, bukan semestinya satu kesalahan.



Selagi mana pendapat atau pandangan seseorang tokoh agama itu sekadar pandangannya, maka orang lain boleh berbeza dengannya. Jika pun dia mengemukakan nas atau dalil tertentu, tapi dalil atau nas tersebut masih boleh diberikan berbagai tafsiran lain, apatah lagi jika di sana ada pandangan ilmuwan lain yang berpaksikan penghujahan kuat, maka pandangan seorang tokoh agama bukan semestinya diterima sebagai ‘itulah kehendak Islam’. Hal ini penting untuk difahami oleh orang awam, agar mereka dapat membezakan antara pandangan tokoh agama dan agama itu sendiri.

Agama berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah. Mana-mana pihak yang berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah maka itulah Islam. Namun di sana bukan sedikit juga nas-nas agama sama ada al-Quran atau al-Sunnah yang boleh diberikan atau terdedah kepada lebih daripada satu tafsiran atau andaian. Mungkin juga apa yang dikatakan oleh tokoh agama sebagai pandangan agama itu, hanya satu tafsirannya sahaja, bukan nas yang jelas. Dalam perkara hukum atau selainnya tiada nas jelas, pastinya di sana akan ada lebih daripada satu pendapat, bahkan mungkin puluhan pendapat berbeza di kalangan sarjana.

Maka, orang awam boleh memilih pendapat yang diyakininya lebih mendekati maksud nas dengan kadar yang difahaminya. Maka sebab itu, setiap individu Muslim yang mampu berfikir membaca dan meneliti, apatah lagi pada zaman teknologi ini hendaklah ketika bertanya pendapat tokoh ilmu agar meminta alasan bagi pendapat mereka.

Campakkan ke dinding sikap sesetengah pihak yang cuba menjadikan agama ini eksklusif untuk diri mereka sahaja dengan membuat arahan yang ‘memandir’ otak umat Islam dengan menyatakan ‘dengar dan taat sahaja apa yang saya beritahu, sebab saya tokoh agama, awak orang biasa’. Rangkapan jahiliah yang seperti ini bukan budaya ilmu dalam Islam.

Di bulan Ramadan ini mungkin kita terdengar pandangan ustaz yang menyatakan makruh menggosok gigi atau berkumur semasa atau selepas tergelincir matahari ketika berpuasa. Jika kita tanya mereka: ‘‘Apakah nas dalam masalah ini? Sebahagian mereka mungkin menjawab: ‘‘Dah ulama cakap macam tu, atau kitab cakap macam itu, terima sahajalah’. Ini tentulah satu jawapan yang boleh dianggap ‘pandir’ dan dangkal sekali. Islam bukan agama taklid buta, menelan apa yang orang cakap tanpa perlu tahu dalilnya.

Mungkin yang lebih berpengetahuan akan menjawab: “Ada hadis Nabi saw menyebut: Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Ya, memang ada tokoh-tokoh ilmuwan silam pun yang memberikan pendapat sebegini. Tetapi hadis ini jika kita lihat tidak pula menyatakan seseorang yang berpuasa tidak dibenarkan atau digalakkan menggosok gigi. Pendapat yang memakruhkan menggosok gigi - sama ada menggunakan ubat gigi atau tidak - hanyalah andaian atau kesimpulan yang dibuat daripada hadis ini, bukan ada nas sahih yang jelas melarang hal ini. Hadis ini tidak pula menyatakan bahawa Allah suka supaya bau busuk itu dikekal sepanjang hari. Ada pun hadis-hadis lain yang seakan menggalakkan orang yang berpuasa mengekalkan bau kerana kering mulut orang berpuasa itu cahaya pada Hari Kiamat adalah daif atau lemah sanadnya. Ini boleh dilihat dalam ulasan al-Imam al-Mubarakfuri (meninggal 1353H) dalam Tuhfah al-Ahwazi mengenai bersugi bagi orang berpuasa.

Dalam konteks kehidupan harian, apakah patut kita membiarkan mulut kita sentiasa busuk sepanjang Ramadan sehingga mengganggu rakan sepejabat atau sekerja yang mungkin di kalangan mereka ada yang tidak faham Islam dan akan mentohmah agama ini?! Pada saya, andaian yang memakruh bersugi atau membersihkan mulut ketika berpuasa tidak boleh mengatasi galakan bersugi yang Nabi saw sabda: ‘‘Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini tidak mengecualikan Ramadan, dan tentu sekali antara waktu solat itu adalah solat Zuhur dan Asar ketika berpuasa.

Imam

Nabi saw dalam hadis menyebut ciri-ciri imam solat: “Hendaklah yang menjadi imam bagi sesuatu kaum (jamaah) itu sesiapa yang paling baik dalam kalangan mereka bacaan kitab Allah (bacaan al-Qurannya). Jika mereka itu sama dalam bacaan, maka (pilih) yang paling mengetahui sunnah. Jika mereka itu sama, maka (pilih) yang paling awal hijrahnya. Jika mereka itu sama, maka (pilih) yang paling banyak usianya” (Riwayat Muslim). Inilah ciri-ciri imam. Jika semua mereka masih sama, maka bererti kesemuanya yang sama itu layak. Namun sesetengah ulama seperti al-Imam Hasan bin ‘Ammar al-Syurunbulali (meninggal 1069H) menyebut dalam kitabnya Maraqiy al-Falah menambah ciri-ciri lain yang tidak disebut oleh hadis, antaranya; Yang paling cantik isterinya, yang paling banyak hartanya, yang paling besar kepalanya, juga yang paling kecil kemaluannya. (lihat: ms 143). Pada andaian mereka, ini membantu khusyuk. Orang yang isterinya cantik kurang ingat wanita lain, maka lebih khusyuk. Demikian yang kemaluannya kecil kurang syahwat maka lebih khusyuk. Persoalannya, adakah andaian ini benar? Atau mungkin sebaliknya berlaku. Kemudian, siapa pula yang hendak menjadi hakim kecantikan isteri para imam ini? Lebih daripada itu, bagaimana pula hendak mengukur kemaluan mereka? Andaian ini, walaupun oleh seorang ulama yang terkenal tidak dapat kita terima. Ia bukan nas al-Quran atau hadis yang terpaksa kita telan bulat-bulat.

Demikian dalam sesetengah kitab fekah Mazhab al-Syafi‘i menyebut tentang bab mandi wajib dengan membuat andaian yang pelik seperti ‘‘jika zakar terbelah dua, dimasukkan satunya ke dalam kemaluan isteri pertama, dan yang satu lagi ke dalam isteri kedua, maka wajib mandi ke atas suami, tidak wajib ke atas kedua isterinya. Jika dimasukkan satunya ke dalam kemaluan seorang isteri, sementara satu lagi ke dalam dubur isteri berkenaan, maka wajib mandi keduanya (lihat: Hawasyi al-Syarwani, 1/260). Dalam Hasyiah al-Bajuri ditambah jika seseorang masuk (keseluruhan tubuh) ke dalam faraj perempuan, maka keduanya wajib mandi.” Cuba bayangkan, andaian dan huraian yang sebegini agak ganjil. Mungkinkah hal-hal seperti ini berlaku? Atau, kita katakan, di samping kita menghormati sumbangan dan ketokohan ulama-ulama ini, namun perbahasan atau andaian sebegini melebihi batasan keperluan.

Saya sebut hal ini kerana saya terdengar ada tokoh agama keluar dalam media menyatakan apa sahaja yang telah ulama dahulu tulis kita terima sahaja. Katanya, ‘tidak perlulah kita ‘memandai-mandai’ untuk memberikan pendapat yang berbeza dengan orang yang lebih alim daripada kita’.

Taklid yang seperti inilah yang menyebabkan ilmu umat Islam tidak berkembang. Pandangan tokoh akhirnya dianggap setaraf dengan nas al-Quran dan Sunnah. Bahkan lebih daripada itu, apabila mereka memberi pandangan yang agak ‘berlebihan’ tetap dipaksa umat menelannya. Kita menghormati tokoh, namun pendapat mereka bukan wahyu yang tidak boleh dikritik atau dibincangkan. Biasanya, golongan agama yang cuba mengwujudkan mentaliti ‘ustaz atau tok guru tak boleh dipersoalkan’ hanyalah untuk menjaga status keselesaan mereka.

Memberikan pandangan dan mempersoalkan sesuatu kenyataan dengan sopan dan bertujuan mencari kebenaran adalah keperluan dunia ilmu dan sesuatu yang dituntut dalam agama. Hal ini penting untuk difahami. Bukan semua pendapat tokoh agama itu mewakili kehendak Allah dan rasul-Nya. Sebagai muslim, kita berhak bertanya dan mencari yang lebih tepat sesuai dengan akal yang Allah kurniakan kepada kita.

Kita hormati tokoh, tapi dalam masa yang sama kita tidak akan menggadaikan kebenaran. Kita patut bezakan antara nas Allah dan rasul-Nya, dengan pandangan tokoh yang mungkin betul, mungkin salah, mungkin patut disemak semula, mungkin juga melepasi batasan keperluan dan munasabah untuk umat.

Disebabkan tidak memahami hal inilah, umat Islam pening kepala dengan pandangan tokoh-tokoh agama hari ini yang bermacam-macam. Jika ulama itu berniaga, mungkin dipengaruhi urusan bisnes, yang politik mungkin dipengaruhi urusan politiknya. Begitulah seterusnya. Jalan keluar, kita menyemak alasan dan hujah setiap mereka dan bertanya: adakah ini daripada Allah dan rasul-Nya, atau tuan ‘rasa-rasa’ sahaja?!.

Thursday, September 3, 2009

Revolusi Politik Jepun : Wawancara Bersama Utusan (4.9.2009)

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my

SELEPAS lebih lima dekad menjadi parti pemerintah tunggal di Jepun, Parti Demokratik Liberal (LDP) akhirnya tumbang pada pilihan raya umum negara itu pada 30 Ogos lalu.

LDP kehilangan majoriti kerusi di Parlimen kepada parti pembangkang, Parti Demokrat Jepun (DPJ), dalam kekalahan yang disifatkan oleh kebanyakan pemerhati sebagai "revolusi politik" di negara matahari terbit itu.

Kekalahan LDP sebenarnya sudah ditebak sejak awal iaitu ketika parti itu kalah pada pilihan raya di Dewan Tinggi (Diet) pada Julai, 2007.

Kekalahan paling buruk dalam sejarah parti itu berterusan pada pilihan raya Tokyo, Julai lalu. Ketika itu, LDP hanya mendapat 38 kerusi berbanding 54 kerusi oleh DPJ.

Dalam landskap politik di Jepun, pilihan raya Tokyo sering dijadikan kayu pengukur kepada keputusan pilihan raya umum.

Malah, DPJ juga sudah dapat melihat peluang untuk berkuasa apabila keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap LDP semakin luntur.

Semuanya kerana pelbagai isu yang membelenggu LDP serta bekas Perdana Menteri, Taro Aso sendiri sehinggakan menjejaskan kredibiliti dan imej di kalangan rakyat.

Faktor kemenangan DPJ juga bertitik tolak daripada pelan populis yang terarah kepada menjaga kebajikan rakyat terutamanya golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Ternyata, pelan itu berjaya meyakinkan rakyat Jepun kerana dalam situasi ekonomi yang sukar ketika ini, mereka sememangnya mengharapkan polisi yang berbentuk bantuan dan perhatian daripada kerajaan.



Dalam masa yang sama seperti yang dinilai oleh penganalisis tempatan, Ahmad Zaki Hassan, parti pemerintah juga gagal menyelesai serta menjelaskan beberapa isu utama.

Antaranya jelas pensyarah di Kolej UndangUndang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) itu ialah jumlah hutang negara yang luar biasa.


Isu lain termasuk pelan tindakan menstabilkan ekonomi terutama bagi mengecilkan jurang perbezaan antara penduduk miskin dan kaya.

''Faktor-faktor ini menjadi punca keyakinan rakyat terhadap LDP merosot dengan teruk seperti yang diterjemahkan menerusi keputusan pilihan raya lalu," katanya.

Dari lensa politik dunia, kekalahan LDP yang memerintah Jepun sejak 54 tahun lalu itu dikaitkan dengan gelombang perubahan yang dicetuskan oleh generasi muda.

Sebelum ini, kejayaan Barack Obama menjadi warga kulit hitam pertama sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) dikatakan turut dipengaruhi oleh faktor yang sama.

Obama berjaya meruntuhkan tembok perkauman dalam sejarah 232 tahun amalan demokrasi di negara itu.

Gelombang perubahan di kedua-dua negara itu juga tidak terkecuali turut dikaitkan dengan senario semasa politik tempatan terutamanya nasib yang bakal menimpa Barisan Nasional (BN).

Bukan bermaksud menafikan tuntutan perubahan yang disuarakan oleh rakyat terutama apa yang berlaku selepas 8 Mac 2008, tetapi gelombang perubahan itu sebenarnya adalah sesuatu yang lumrah dalam kematangan masyarakat di kebanyakan negara.

Peralihan daripada satu generasi ke generasi lain menyaksikan anjakan pemikiran rakyat turut berubah.

Lebih-lebih lagi apabila sesuatu keperluan dan peringkat dalam masyarakat itu telah dipenuhi. Ini jugalah sebenarnya yang berlaku dalam konteks politik di AS, Jepun dan Malaysia yang mana pemikiran rakyat berubah apabila keperluan asas dan pembangunan telah dipenuhi oleh kerajaan.



Perkembangan tersebut secara tidak langsung merubah kematangan berfikir rakyat ke arah sesuatu yang lebih besar termasuk soal negara dan sebagainya.

Namun, ia bukanlah satu-satunya faktor penentu dalam kita meramalkan bentuk dan corak berpolitik pada masa depan. Namun, perlu diperhatikan cabaran dan isu politik yang berlaku di Jepun sangat berbeza dengan polemik politik yang melanda negara.

Sebagai sebuah negara maju, keperluan dan kemudahan asas serta pembangunan fizikal bukan lagi menjadi kepentingan rakyat Jepun. Majoriti rakyatnya juga merupakan golongan berkemampuan dengan peratus kemiskinan sangat rendah atau hampir tiada.

Justeru apa yang lebih menjadi perhatian mereka ialah kemampuan pemerintah untuk mengekalkan momentum keselesaan dan kenikmatan hidup itu.

Malangnya, itulah yang gagal dibuktikan oleh LDP. Ketika ini Jepun berdepan dengan krisis ekonomi yang sangat meruncing sehingga menyebabkan peratus pengangguran di kalangan rakyat mencecah sehingga enam peratus, iaitu kadar terburuk dalam sejarah negara berkenaan.

Populariti Aso juga semakin merudum apabila beliau dikaitkan dengan pelbagai isu antaranya skandal seks, rasuah, masalah kesihatan dan kewangan selain berdepan undi tidak percaya di kalangan ahli Kabinetnya sendiri.

Kerana itu juga adalah tidak tepat untuk kita membandingkan senario politik di Jepun dan apa yang berlaku di negara ini.

Cuma barangkali apa menjadikannya agak signifikan adalah kerana persamaan dari segi tempoh masa Malaysia bakal berdepan dengan pilihan raya umum akan datang.

Hakikatnya di Malaysia, ramai penduduk di negara ini terutamanya di luar bandar yang masih hidup di bawah paras kemiskinan.

Malah, kemiskinan bandar juga turut dicatatkan meskipun kumpulan penduduk ini tidak ramai.

Golongan ini pastinya memerlukan bantuan daripada sebuah kerajaan yang kuat untuk dibawa keluar daripada kepompong kemiskinan itu menerusi pelbagai dasar dan agenda bertaraf nasional.

Begitu juga dengan proses kemajuan dan pembangunan negara ketika yang memerlukan sokongan sebuah kerajaan yang konsisten. Usaha pembinaan bangsa dan negara itu tidak mungkin dapat dilakukan oleh parti politik yang tidak jelas hala tuju perjuangannya.

Yang masih gagal membezakan antara perjuangan yang bersifat peribadi atau kepentingan sekelompok kumpulan kecil sematamata. Pentas politik negara juga lebih mencabar kerana kita terbentuk daripada bangsa, agama, ras dan etnik yang berbeza.

Tidak seperti Jepun, negara itu hanya terdiri daripada satu bangsa. Justeru, hanya parti politik yang benar-benar memahami semangat toleransi dan kerjasama di sebalik perbezaan itu sahaja yang mampu membawa negara ini kepada kemajuan tanpa dibelenggu isu-isu yang berbaur perkauman dan tuntutan melampau.

Namun itu bukanlah bermaksud kita cuba menafikan gelombang perubahan berpolitik dunia itu turut tersebar di negara ini.

PRU 12 lalu sudah membuktikannya dan isyarat itu juga bagi sesetengah pihak semakin jelas selepas tujuh kekalahan berturut-turut BN pada pilihan raya kecil.

Namun gelombang perubahan ini sebenarnya jika dipandang daripada sisi berbeza, boleh menjadi satu tekad dan usaha kepada BN untuk lebih bersedia dan bertindak awal.

Perkembangan sebegini menurut Ahmad Zaki, harus dijadikan fokus oleh pemimpin BN untuk menilai dan mentafsir apa sebenarnya yang telah berlaku seterusnya mencari penyelesaian segera.

Sekiranya pada pilihan raya umum akan datang BN masih berjaya mengekalkan kerajaan sedia ada, maka BN akan dilihat mempunyai kekuatan berganda kerana berjaya mengatasi satu trend dunia dalam tuntutan perubahan oleh rakyat.

''Ia juga secara jelas akan menggambarkan bahawa BN masih berupaya memerintah dan memenangi hati rakyat tanpa dipengaruhi oleh peristiwa serta perbandingan isu semasa dunia," ujar beliau.

Kemenangan Maruah Rakyat : Wawancara Bersama Utusan (19.2.2009)


Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my

SETELAH kira-kira 30 tahun kekejaman rejim Khmer Rouge berakhir, keadilan dalam erti kata sebenar bagi rakyat Kemboja akhirnya berjaya dicapai.

Selepas beberapa kali usaha membawa pemimpin- pemimpin kanan Khmer Rouge tertunda, tribunal jenayah perang Kemboja kelmarin berjaya membawa salah seorang daripada mereka ke muka pengadilan.

Kaing Guek Eav atau juga dikenali sebagai Duch dituduh bertanggungjawab atas kematian kira-kira 14,000 penduduk Kemboja sewaktu menjadi komandan penjara di Toul Seng atau S-21.

Meskipun perbicaraan sebenar ke atasnya hanya akan bermula pada bulan depan, namun kejayaan tribunal itu memberikan kemenangan moral dan maruah yang besar kepada rakyat Kemboja.

Sewaktu era pemerintahan kejam Khmer Rouge antara 1975 hingga 1979, hampir setiap keluarga Kemboja kehilangan ahli keluarga di kalangan 1.7 juta penduduk yang dibunuh.

Justeru, rakyat kemboja ingin melihat kesemua pemimpin kejam Khmer Rouge dibawa ke mahkamah supaya dapat dinyatakan siapa sebenarnya yang bertanggungjawab.

Apatah lagi sehingga kini, rakyat Kemboja masih tertanya-tanya mengapa rejim Khmer Rouge tergamak membunuh rakyat sendiri sepanjang revolusi 'Tahun Sifar' yang dipimpin oleh Pol Pot.

Perbicaraan itu juga membuka lembaran baru kepada proses pendakwaan jenayah perang rejim Khmer Rouge apabila Duch bakal menjadi saksi utama kepada empat pemimpin kanan yang lain.

Mereka ialah 'Abang Nombor Dua' Nuon Chea; bekas Presiden Khmer Rouge, Khieu Samphan dan bekas Menteri Luar, Ieng Sary serta isterinya, Ieng Thirith.

Kejayaan perbicaraan Duch juga sangat bermakna bagi rakyat Kemboja di sebalik pelbagai masalah yang dihadapi oleh mahkamah tribunal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-Kemboja.

Antaranya kekurangan dana, amalan rasuah dan korupsi di kalangan pegawai tribunal serta kebimbangan campur tangan pemerintah terutamanya Perdana Menteri, Hun Sen.

Hun Sen dikatakan menolak perbicaraan itu atas dasar hubungannya dengan bekas pemimpin Khmer Rouge.

Masalah itu menyebabkan proses pendakwaan sering tertunda meskipun tribunal mahkamah itu telah ditubuhkan sejak 1997. Sememangnya sejak dari awal lagi sudah ada desus-desas mengenai kesukaran yang bakal dihadapi oleh tribunal mahkamah tersebut.

Kebanyakannya melihat proses untuk membicarakan pemimpin-pemimpin Khmer Rouge yang dianggap sebagai 'mesin pembunuh manusia' memakan masa yang panjang dan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diselesaikan.

Kesukaran yang dihadapi oleh tribunal itu juga bukan sahaja terletak atas dakwaan wujudnya campur tangan Hun Sen. Ini kerana berdasarkan sejarah, Hun Sen sendiri adalah individu yang memberontak kerana tidak sanggup melihat kekejaman Pol Pot.

Dengan sokongan Vietnam, Hun Sen berjaya menjatuhkan sebuah gerakan komunis paling kejam dan sadis dalam sejarah kemanusiaan sekali gus meruntuhkan ideologi komunisme di negara itu.



Oleh yang demikian, jelas penganalisis politik Asia Tenggara, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Ahmad Zaki Hasan, Hun Sen tidak ada sebab untuk melengahkan perbicaraan.

Sementelah ketika ini ujar beliau, sebahagian besar rakyat Kemboja amat mengalu-alukan agar pemimpin Khmer Rouge dikenakan hukuman segera.

Mereka tidak mahu ada pemimpin Khmer Rouge terlepas daripada menerima balasan di dunia seperti Pol Pot yang menemui ajal sebelum sempat dibicarakan.


Sekali pun ada campur tangan daripada Hun Sen, beliau mungkin bimbang kejayaan perbicaraan itu akan membuka lebih banyak kejahatan yang dilakukan oleh pemimpin lain termasuk beliau sendiri.

Bagaimanapun kejayaan perbicaraan kali ini, Ahmad Zaki menjangkakan sesuatu yang berbeza yang mana Hun Sen akan lebih diingati oleh rakyat Kemboja.

Kejayaan menghadapkan penjenayah kemanusiaan Khmer Rouge ke muka pengadilan adalah kejayaan memberikan keadilan kepada sebahagian besar mangsa kekejaman rejim itu.

''Dengan itu, rakyat Kemboja akan melihat beliau sebagai penamat riwayat hitam yang menghantui keluarga mangsa kekejaman selama tiga dekad yang berlalu dengan pembalasan sewajarnya," ujar beliau.

Kesukaran mendakwa penjenayah kemanusiaan Khmer Rouge juga sebenarnya terletak kepada masalah yang dihadapi oleh tribunal itu sendiri terutamanya disebabkan oleh peruntukan kewangan yang tinggi.

Walaupun Amerika Syarikat (AS) melalui Timbalan Setiausaha Negara, John Negroponte memberi jaminan sumbangan bernilai AS$1.8 juta dolar (RM6.2 juta), namun jumlah itu terlalu kecil.


Tribunal itu sebelum ini dikatakan menghadapi kewangan melebihi AS$40 juta (RM138 juta). Apatah lagi perbicaraan juga dijangka berlarutan sehingga 2012, sekali gus memerlukan perbelanjaan yang lebih besar.

Tribunal dalam masa sama tambah Ahmad Zaki, turut berhadapan dengan masalah rasuah yang berlaku di mahkamah Kemboja.

Keadaan tersebut memaksa satu jawatan kuasa 'pemantau' ditubuhkan bagi mengendalikan siasatan berhubung dakwaan berlakunya rasuah di mahkamah.

Ia bertujuan memperkukuhkan mekanisme menentang rasuah bagi membolehkan urusan perbicaraan dapat dikawal dengan lebih baik.


Usaha mempercepatkan dakwaan turut terbantut kerana faktor kesihatan pemimpin Khmer Rouge yang tidak menentu kerana sudah berumur 70-an selain penarikan diri pasukan pendakwa PBB.

''Faktor-faktor ini jika memungkinkan akan ada pemimpin Khmer Rouge yang bakal dibicarakan terlepas dari hukuman akibat menemui ajal terlebih dahulu," ujar beliau.